Memperkasakan Rakyat

Hero

Rakyat Digital ialah sebuah platform nasional yang memperkasakan rakyat Malaysia dengan literasi, kemahiran dan keyakinan digital agar mereka dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan Malaysia ke arah Negara AI.

Hero
0
Pengguna Berdaftar
0
Sijil Dikeluarkan
0
Minit Pembelajaran Dilengkapkan

Kandungan Pembelajaran dengan Kerjasama Pemimpin Global

partnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartnerpartner
MENGENAI KAMI

Ekonomi digital Malaysia sedang maju dengan pesat. Kita perlu memastikan rakyat turut bergerak seiring dengan perkembangan ini.

Rakyat Digital dicipta untuk merapatkan jurang ini dengan menyediakan laluan yang jelas dan mudah diakses kepada setiap rakyat Malaysia bagi menyertai ekonomi digital, tanpa mengira titik permulaan mereka. 

Dilancarkan pada tahun 2024 di bawah Kementerian Digital, Rakyat Digital merupakan platform penyampaian teras di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM). Rakyat Digital memberi manfaat untuk tiga kumpulan sasaran utama: rakyat yang baru memulakan perjalanan digital mereka, individu yang sedang membina kemahiran sedia kerjaya, dan pemimpin kanan yang memacu transformasi dalam organisasi mereka.

Dengan kandungan yang disesuaikan mengikut konteks tempatan seperti pilihan bahasa yang sesuai untuk warga Malaysia serta kos yang disokong oleh kerajaan, platform ini direka untuk memastikan rakyat Malaysia bersedia untuk masa hadapan sambil memastikan tiada yang ketinggalan.

LALUAN PEMBELAJARAN

Hala tuju kita menjelang tahun 2030

Sejajar dengan Pelan Tindakan Malaysia Digital 2030 (MD2030)

KEMAHIRAN DIGITAL UNTUK NEGARA AI YANG INKLUSIF

Memperkasa setiap rakyat Malaysia dengan kemahiran digital dan keyakinan untuk berkembang dalam ekonomi digital.

Tanpa mengira latar belakang, umur, sektor atau titik permulaan — setiap warganegara sepatutnya mempunyai peluang untuk belajar, bekerja dan mengambil bahagian secara digital dengan yakin.
VISI KAMI

Malaysia yang terangkum secara digital dengan akses saksama kepada peluang digital menjelang tahun 2030.

Tiada warganegara yang dikecualikan daripada masa hadapan digital. Tiada sektor yang ketinggalan.
APA YANG KAMI TAWARKAN

Mulakan perjalanan pembelajaran digital anda di sini

Hab Literasi Digital

Hab Literasi Digital

Menyediakan peluang pembelajaran yang mudah diakses dan inklusif untuk membantu rakyat Malaysia membina kemahiran asas digital, meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan dalam talian serta membina kecekapan untuk persediaan masa hadapan bagi pembelajaran sepanjang hayat dan penyertaan dalam ekonomi digital.

Membina kompetensi asas digital

Meningkatkan kesedaran keselamatan dalam talian

Membangunkan kemahiran untuk persediaan masa hadapan

Menyokong pembelajaran dan pertumbuhan sepanjang hayat

Teroka kursus
Hab Kemahiran Digital

Hab Kemahiran Digital

Gerbang pembelajaran yang direka untuk membantu rakyat Malaysia menguasai kemahiran digital dan teknologi yang diperlukan industri, sekali gus memperkasakan mereka untuk menyesuaikan diri, berinovasi dan berjaya dalam landskap digital yang semakin berkembang pesat.

Belajar kemahiran digital berkaitan industri

Bina keyakinan meneroka teknologi baharu

Tingkatkan keupayaan inovasi dan penyelesaian masalah

Tingkatkan kesediaan kerjaya dan kebolehgajian

Teroka kursus
Hab Pembina AI

Hab Pembina AI

Platform yang direka untuk membimbing dan menyokong rakyat Malaysia daripda pelbagai latar belakang dalam menggunakan alatan AI untuk membangunkan produk dan penyelesaian.

Daftar profil anda dan sertai komuniti Pembina AI

Cari dan hadiri acara pembina AI di seluruh Malaysia

Jejak kemajuan pembinaan anda melalui GitHub

Pamerkan penyelesaian AI anda di Rakyat Digital

VISI KEPIMPINAN

Memperkasakan negara yang berdaya saing secara digital

Rakyat Digital
Malaysia

Pendidikan hari ini mesti melengkapi rakyat Malaysia bukan sahaja dengan pengetahuan, tetapi dengan kebolehsuaian, ketahanan dan keyakinan untuk mengharungi perubahan.

YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim

Perdana Menteri Malaysia

Rakyat Digital
Malaysia

Program Rakyat Digital menunjukkan komitmen kami untuk memperkasakan setiap rakyat Malaysia dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam era digital.

YB Gobind Singh Deo

Menteri Digital

Memperkasakan Rakyat Malaysia, Memajukan Negara.

Hak cipta © 2026 Rakyat Digital. Semua hak cipta terpelihara.