Laman Utama>Kenyataan Penafian & Terma Penggunaan Coursera

Kenyataan Penafian & Terma Penggunaan Coursera


1. Pengenalan


Dokumen ini menggariskan Terma & Syarat (T&C) untuk Lesen Pembelajaran Percuma Coursera (“Lesen”) yang ditawarkan kepada pengguna berdaftar bagi Portal Rakyat Digital. Lesen ini membolehkan pelajar mengakses kursus dalam talian yang dipilih  di platform Coursera tanpa sebarang kos.  Akses adalah tertakluk pada ketersediaan sejumlah lesen yang terhad dan akan diperuntukkan sepenuhnya atas dasar siapa cepat, dia dapat.

Dengan menerima dan mengaktifkan Lesen Coursera, anda (“Pelajar”) bersetuju untuk mematuhi Terma & Syarat, peraturan penggunaan, garis masa, keperluan kelayakan dan dasar pembatalan berikut selain daripada Terma dan Syarat Dasar Privasi Rakyat Digital.

2. Kriteria Kelayakan


Untuk melayakkan diri bagi Lesen Coursera, semua pelajar mesti:

  1. Mendaftar di portal Rakyat Digital menggunakan My Digital ID.
  2. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  3. Bersetuju dengan semua dasar yang digariskan dalam Kenyataan Penafian ini.

3. Dasar Permohonan Sekali Sahaja


  • Had Pendaftaran : Setiap pelajar yang mendaftar, hanya dibenarkan untuk membuat satu pendaftaran bagi menerima Lesen Coursera secara percuma di bawah inisiatif ini.
  • Permohonan semula tidak dibenarkan : Sebaik sahaja Pelajar telah mendaftar di portal Rakyat Digital dan diproses untuk inisiatif lesen (iaitu data telah dieksport untuk peruntukan lesen), pelajar kini tidak layak untuk memohon semula, tanpa mengambil kira sama ada mereka: 
    1. Mengaktifkan Lesen 
    2. Gagal mengaktifkan Lesen dalam tempoh garis masa yang ditetapkan
    3. Lesen tamat tempoh
    4. Lesen dibatalkan kerana ketidakpatuhan
    5. Tidak menerima lesen kerana had kapasiti.
  • Dasar ini dilaksanakan bagi memastikan keadilan dalam pengagihan lesen percuma serta mengoptimumkan penggunaan lesen yang terhad agar dapat dimanfaatkan oleh seramai mungkin kepada warganegara yang layak. 

4. Terma & Syarat Penggunaan Lesen


Setelah diaktifkan, pelajar mesti mematuhi perkara berikut:

  1.  Lesen Percuma
    • Lesen Coursera diberikan secara percuma untuk tempoh terhad (maksimum 3 bulan pembelajaran, bermula dari tarikh e-mel jemputan dihantar.) dan ia bertujuan untuk pembelajaran peribadi pelajar sahaja. Pihak kami berhak untuk mengubah tempoh tersebut tanpa memberi sebarang notis bertulis. 
  2. Komitmen Pembelajaran
    • Setelah pengaktifan lesen, pelajar akan didaftarkan secara automatik ke dalam satu kursus wajib yang ditetapkan (kursus kira-kira 120 minit).
    • Kursus ini wajib diselesaikan dalam tempoh pengaktifan awal untuk mengekalkan akses kepada platform.
    • Kegagalan menyelesaikan kursus wajib boleh mengakibatkan pembatalan lesen.
  3.  Tempoh Lesen
    • Lesen ini sah selama 3 bulan, berkuat kuasa dari tarikh jemputan dihantar.
    • Tempoh standard tiga bulan adalah tertakluk kepada perubahan. Sekiranya lesen diguna semula kerana tidak diaktifkan atau kegagalan untuk memenuhi tarikh akhir kursus wajib, maka baki tempoh akses yang diperuntukkan kepada pengguna baru secara semula jadi akan lebih singkat berbanding tempoh asal tiga bulan.
  4. Keperluan Penilaian & Penyelesaian
    • Pelajar dikehendaki memenuhi semua keperluan kursus Coursera, termasuk modul video, kuiz dan penilaian.
  5. Sijil
    • Setelah selesai, pelajar akan menerima:
      1. Sijil yang direka khas untuk kursus wajib
      2. Sijil Coursera (jika berkenaan) 
  6. Guna Semula Lesen
    • Selepas 3 bulan, lesen tersebut akan diguna semula untuk pelajar lain. 
  7. Tidak Boleh Dipindah Milik
    • Lesen ini tidak boleh sama sekali dipindah milik dan tidak boleh dijual, dihadiahkan atau ditukar.

5. Penerimaan Lesen


Untuk mendaftar, pengguna perlu menyertai Senarai Menunggu Lesen Coursera terlebih dahulu. Pengguna perlu menggunakan alamat e-mel yang aktif serta bersetuju dengan Penafian dan Terma Penggunaan Coursera. 

Sebaik sahaja diterima, pelajar akan ditempatkan dalam baris gilir penyertaan Coursera dan tindakan susulan akan diambil oleh Pentadbir Coursera. Hanya pelajar yang layak akan menerima jemputan e-mel untuk mendaftar bagi program ini.

6. Jadual Kohort dan Tempoh Lesen


  • Inisiatif Lesen Coursera di bawah Hab Kemahiran Digital akan beroperasi berdasarkan kitaran kohort tetap. Setiap pelajar akan ditempatkan kepada kohort tertentu bergantung pada tarikh pendaftaran dan ketersediaan lesen mereka.
  • Tempoh kohort untuk tahun 2026 adalah seperti berikut dan tertakluk kepada perubahan :
KOHORTKELOMPOKTEMPOH KOHORT
Kohort 1Kelompok 1Akan Disahkan
Kohort 1Kelompok 2Akan Disahkan
Kohort 2Kelompok 1Akan Disahkan
Kohort 2Kelompok 2Akan Disahkan
Kohort 3Kelompok 1Akan Disahkan
Kohort 3Kelompok 2Akan Disahkan
Kohort 4Kelompok 1Akan Disahkan
Kohort 4Kelompok 2Akan Disahkan
  • Jadual pelaksanaan dan tarikh sebenar akan dimuktamadkan serta dikemas kini pada Ogos 2026
  • Pengaktifan lesen mesti dilakukan dalam tempoh tarikh akhir yang ditetapkan dan mestilah berada dalam Tempoh Kohort yang ditentukan. 

7. Garis Masa, Tarikh Akhir dan Pembatalan Lesen


Garis masa berikut memperuntukkan kewajipan Pelajar dan keadaan lesen Coursera percuma yang akan dibatalkan dan diperuntukkan semula.

TARIKH AKHIRTINDAKAN YANG DIPERLUKAN OLEH PELAJARAKIBAT KETIDAKPATUHAN

Hari 0 

(Jemputan dihantar)

Selepas pengesahan, pelajar akan menerima e-mel jemputan daripada pentadbir Coursera berserta pautan pengaktifan Lesen.


 

-


 

T+7 Hari 

Pelajar mesti mengaktifkan Lesen dan menyelesaikan SATU kursus wajib yang didaftarkan secara automatik dalam masa 7 hari selepas menerima pautan.Jika Lesen tidak diaktifkan atau/dan kursus wajib masih belum diselesaikan, e-mel Peringatan  akan dihantar pada Hari ke-7


 

T+14 Hari

Pelajar mesti mengaktifkan lesen Coursera dan menyelesaikan kursus wajib yang ditetapkan.Jika TIADA pengaktifan atau/dan penyelesaian berlaku, e-mel Peringatan Akhir akan dihantar pada atau sekitar Hari ke-14 (hanya 48 jam diberikan untuk menyelesaikan kedua-duanya).


 

T+16 Hari

Pelajar mesti mengaktifkan lesen & menyelesaikan kursus wajib selepas semua peringatan.Jika TIADA pengaktifan dan penyelesaian berlaku, Proses Pembatalan Lesen bermula.


 

T+17 Hari

Lesen Dibatalkan. Lesen tersebut akan diberikan secara serta-merta kepada pemohon seterusnya dalam senarai menunggu.Pelajar akan kehilangan akses kepada semua kursus Coursera dan tidak boleh memohon semula di bawah inisiatif ini.


 

T+91 Hari

Guna Semula Lesen. Tempoh lesen tamat.Semua lesen pengguna akan diguna semula ke dalam kumpulan yang tersedia untuk diberikan kepada pemohon baharu. 

8. Hak untuk Membatalkan Lesen


Pentadbir mempunyai hak mutlak untuk membatalkan lesen pembelajaran Coursera percuma daripada Pelajar di bawah keadaan berikut:

  1. Kegagalan mengaktifkan lesen atau menyelesaikan kursus wajib yang didaftarkan secara automatik dalam tempoh tarikh akhir tertentu
  2. Salah guna platform, termasuk:
    • Berkongsi akses atau butiran log masuk
    • Identiti atau dokumen palsu
    • Melanggar dasar integriti akademik Coursera
  3. Pelanggaran mana-mana Terma & Syarat Rakyat Digital atau Coursera.
  4. Pelajar tidak memenuhi kriteria kelayakan awal.

Apabila Lesen dibatalkan atau tamat tempoh – sama ada disebabkan kegagalan untuk mengaktifkan, tidak menyelesaikan kursus wajib, atau melanggar terma – pelajar menjadi tidak layak secara kekal untuk sebarang Lesen Coursera pada masa hadapan  di bawah inisiatif Hab Kemahiran Digital dan lesen yang dibatalkan itu akan segera diberikan semula kepada pelajar lain yang layak. Sebarang rayuan atau permintaan untuk memohon semula tidak akan diterima.

9. Penggunaan Data & Privasi


Dengan mengambil bahagian, pelajar bersetuju:

  • Bahawa portal Rakyat Digital boleh berkongsi maklumat yang diperlukan dengan Coursera untuk pengaktifan lesen.
  • Bahawa data kemajuan pembelajaran boleh digunakan untuk pelaporan, penilaian program atau pematuhan.
  • Bahawa semua data peribadi akan diuruskan mengikut piawaian PDPA.

10. Liabiliti


  • MyDIGITAL bertindak sebagai fasilitator bagi Lesen dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pertikaian, tuntutan atau ganti rugi yang timbul antara Pelajar dengan Coursera.
  • MyDIGITAL tidak menjamin bahawa platform Coursera tidak akan terganggu atau bebas daripada ralat. MyDIGITAL tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang malfungsi teknikal termasuk tetapi tidak terhad kepada masa henti platform atau kehilangan kemajuan pembelajaran.
  • Sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang Malaysia, MyDIGITAL tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian langsung, tidak langsung, sampingan, atau berbangkit (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan data atau kehilangan peluang) yang berpunca daripada penyertaan dalam inisiatif ini, pembatalan lesen, atau penamatan program.

11. Pengakuan Pelajar


Dengan menerima Lesen, anda mengakui dan bersetuju bahawa:

  • Lesen diberikan secara percuma untuk tujuan pendidikan.
  • Pematuhan kepada tarikh akhir yang ditetapkan adalah mandatori bagi memastikan penggunaan maksimum sumber ini serta memberi peluang kepada pengguna lain yang layak dalam senarai menunggu.
  • Ketidakpatuhan akan menyebabkan pembatalan serta-merta.
  • Inisiatif dan kenyataan penafian ini boleh diubah suai atau ditamatkan pada bila-bila masa. Pelajar akan dimaklumkan tentang perubahan atau penamatan berkenaan dengan sewajarnya.
  • Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara terma Penafian ini dengan Terma dan Syarat Portal Rakyat Digital, yang kedua akan diutamakan.
  • Sekiranya anda memerlukan bantuan lanjut atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila e-mel kepada kami di support@rakyatdigital.gov.my

Memperkasakan Rakyat Malaysia, Memajukan Negara.

Hak cipta © 2026 Rakyat Digital. Semua hak cipta terpelihara.