Pengenalan kepada ‘Agentic AI untuk Semua ’
Penerangan Kursus:
Agentic AI Untuk Semua ialah program pembelajaran kendiri yang direka untuk memperkasa rakyat Malaysia memahami dan berinteraksi dengan era baharu, agentik AI. Berbeza dengan sistem AI terdahulu yang bersifat reaktif atau bergantung kepada arahan semata‑mata, agentik AI berfungsi dengan konteks, autonomi, dan inisiatif.
Peserta akan menelusuri evolusi AI daripada sistem ramalan (predictive) dan generatif kepada sistem beragen, memahami pelan asas bagaimana agen berfungsi di sebalik tabir, serta meneroka alat praktikal seperti Copilot dan ChatGPT. Melalui latihan berpandu dan kuiz, peserta akan memperoleh pengetahuan konseptual serta kemahiran praktikal untuk mengarah agentik AI dengan berkesan, termasuk menggunakan platform terbuka (open‑based) yang mudah diakses.
Kursus ini menekankan aspek kebolehcapaian, keyakinan diri, dan dalam kehidupan seharian, membantu peserta beralih daripada pengguna pasif teknologi kepada pengarah aktif agentik AI yang mampu memanfaatkan potensinya untuk produktiviti, kreativiti, dan kehidupan harian.
Hasil Pembelajaran:
Dengan menyelesaikan kursus ini, peserta akan dapat:
- Meneroka Evolusi AI: Menerangkan perkembangan AI daripada Era Ramalan (Predictive) kepada Era Generatif (Generative) dan seterusnya Era Beragen (Agentic).
- Memahami Pelan Asas Agen: Mengenal pasti input utama (tujuan, arahan, sumber pengetahuan, arahan awal, sempadan) yang membentuk tingkah laku agen.
- Mengaplikasi Mekanisme Teras: Mengenali peranan MCP (Model Context Protocol) sebagai penghubung merentas platform dan RAG (Retrieval‑Augmented Generation) sebagai pelindung ketepatan serta kebolehpercayaan.
- Menggunakan Alat Seharian: Menunjukkan bagaimana prinsip agentic AI diaplikasikan dalam platform seperti Microsoft Copilot, dan ChatGPT untuk tugasan peribadi dan profesional.
- Mengarah Agentic AI Secara Berkesan: Merangka input dan sempadan yang jelas bagi membimbing agen menghasilkan keputusan yang boleh dipercayai, berasaskan hasil, serta membina keyakinan dalam penggunaan harian.
Modul kursus
Modul 1: Perkembangan AI & Agen
Memahami evolusi kecerdasan buatan daripada era ramalan (Predictive) kepada era generatif (Generative), dan akhirnya ke era beragen (Agentic). Modul ini menekankan peralihan daripada AI sebagai alat reaktif kepada AI sebagai penyelesai masalah yang bertindak secara autonomi.
Modul 2: Rangka Tindakan AI Agen
Menjelaskan bagaimana agen berfungsi di sebalik tabir melalui input yang jelas, sambungan merentas platform (MCP), dan ketepatan maklumat (RAG). Modul ini menunjukkan bahawa kejayaan agen bergantung pada struktur dan arahan yang diberikan.
Modul 3: Agentic AI dalam Alat Umum
Mengenal pasti bagaimana prinsip agentic AI diaplikasikan dalam platform terbuka seperti Microsoft Copilot, dan ChatGPT. Modul ini berfungsi sebagai kotak alat praktikal untuk meningkatkan produktiviti, kreativiti, dan organisasi harian.
Modul 4: Mempraktikan Penggunaan Agentic AI
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran melalui latihan berpandu. Peserta akan berlatih menggunakan platform terbuka yang mereka kenali, membina keyakinan untuk mengarah agen dengan input yang jelas dan sempadan yang sesuai bagi mencapai hasil yang boleh dipercayai.